Ahad, 15 Ogos 2010

*LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SENAI*



Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ialah sebuah lapangan terbang yang terletak di Senai, berhampiran dengan Johor Bahru, di negeri Johor, Malaysia.  Lapangan terbang ini memberi perkhidmatan, khususnya kepada penduduk-penduduk Johor.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan salah satu daripada hub Air Asia. Kini, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd, operator lapangan terbang pertama yang bebas di Malaysia selepas pemisahannya daripada Syarikat Malaysia Airports Holding Berhad pada tahun 2003.

Lapangan terbang ini juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail.  Lapangan terbang ini bakal menghubungkan lebuh raya dan landasan kereta api merentas benua hingga ke negara China dan memberi kemudahan terbaik untuk Pelabuhan Tanjung Pelepas di Pelabuhan Johor.

Lapangan Terbang Senai sering digunakan oleh kebanyakan rakyat Johor dan Singapura untuk terbang ke Thailand, Brunei, Vietnam, Myanmar, Hong Kong, Macau, Guandong, Utara Australia, India, Filipina, Indonesia dan Indochina.  
Hari ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai telah diperbesar dan mempunyai wajah baru  yang lebih aerodinamik serta dilengkapkan dengan kemudahan wifi.  Terdapat beberapa buah kedai dan restoran untuk kemudahan orang ramai membeli barangan di sini. " Welcome to Senai Airport  ".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan