Sabtu, 14 Ogos 2010

*KENDURI KESYUKURAN TUAN GURU BESAR*

Pada hari Ahad 1 Ogos yang lalu, En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar SK Mohd Khir Johari bersama isterinya iaitu Pn. Fuziah bt. Hassan telah menjemput semua warga SKMKJ ke rumah anaknya di Taman Laguna berhampiran Taman Perling.  Majlis kenduri kesyukuran itu diadakan selepas waktu maghrib.  Majlis istimewa ini untuk cucu putera dan puteri kesayangan tuan Guru Besar.


Ramai tetamu yang hadir pada majlis tersebut.  Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat.  Kemudian, marhaban dan bacaan selawat diadakan.  Dalam majlis tersebut juga, para tetamu berpeluang untuk melihat cara bercukur dan tahnik yang dilakukan pada bayi yang baru lahir.



Pelbagai juadah disediakan termasuklah kuih muih dan daging kambing.   Kira-kira jam 11.00 malam para tetamu berangkat pulang.  Terima kasih kepada En. Zamani dan Pn. Fuziah atas kesudian menjemput warga SKMKJ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan