Ahad, 8 Ogos 2010

*PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU*


Pengenalan
PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL (PSI) telah dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim D.K., S.P.M.J., D.M.N., D.K. (Brunei) pada 29 Oktober 1964. 


Bangunan Perpustakaan dua tingkat berbumbung bentuk Minangkabau yang terletak di Jalan Dato Onn bersebelahan dengan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Mulai bulan Ogos 1964 warga kota Johor Bahru mula mendapat perkhidmatan perpustakaan yang ditadbirkan oleh Majlis Bandaran Johor Bahru.

Sejak ditubuhkan, PSI sentiasa berkembang pesat dan mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat setempat. Bangunan sediada di Jalan Dato Onn tidak dapat menampung pertambahan koleksi dan juga pertambahan ahli dan pengguna PSI. Untuk mengatasi masalah tersebut, Pentadbiran PSI telah memajukan permohonan ke Pengurusan Majlis untuk membina sebuah bangunan baru.

Bangunan PSI yang baru telah dibina di Jalan Datin Halimah bersebelahan Institut Perguruan Temenggong Ibrahim. Bangunan baru tiga tingkat ini lebih besar dan selesa serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengguna PSI. Perkhidmatan perpustakaan dibangunan baru ini telah dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 1988 dan terus berkhidmat dan berkembang hingga kini. Selain Perpustakaan Pusat, PSI juga mempunyai perkhidmatan Pustaka Bergerak dan juga Perpustakaan Cawangan serta menjalankan Program Pinjaman Majlis Bandaraya Johor Bahru.

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU.



PUSTAKA BERGERAK

Pustaka Bergerak
Perpustakaan Sultan Ismail  turut menyediakan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak yang juga dikenali sebagai Pustaka Bergerak. Perkhidmatan Pustaka Bergerak ini memberi kemudahan pinjaman dan pemulangan buku perpustakaan ke 16 buah sekolah rendah terpilih di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kewujudan Pustaka Bergerak  yang baru turut menarik minat pelajar untuk menjadi ahli Pustaka Bergerak.

Berikut ialah Jadual Pustaka Bergerak di SK Mohd Khir Johari:

06 Jan 2010
26 Jan 2010
17 Feb 2010
09 Mac 2010
05 Apr 2010
26 Apr 2010
01 Jun 2010
05 Jul 2010
22 Jul 2010
12 Ogos 2010
02 Sept 2010
29 Sept 2010
19 Okt 2010
08 Nov 2010

Perpustakaan Sultan Ismail juga mempunyai cawangn berhampiran Dewan Raya Kampung Melayu Majidee.   Kepada murid-murid SKMKJ, rebut peluang mengunjungi perpustakaan ini.   Anda juga boleh meminjam buku dari PSI.   Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.   Selamat Membaca!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan