Isnin, 19 April 2010

*PERTANDINGAN NASYID DAN MARHABAN PIALA YB DATO SERI UTAMA HJ SHAHRIR B. HJ ABDUL SAMAD*

Pasukan nasyid sekolah telah menyertai Pertandingan Nasyid dan Marbahan Piala YB Dato' Seri Utama Hj. Shahrir b. Hj. Abd Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru. Pertandingan tersebut telah diadakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431H bertempat di Dataran Merdeka, Kampung Melayu Majidi pada 11 April bersamaan 26 Rabiul Akhir 1431H yang lalu.
 Pertandingan ini adalah anjuran bersama Local Agenda 21 MBJB dan UMNO Cawangan Kampung Melayu Majidi serta Jawatankuasa Penduduk Zon Kampung Melayu Majidi.

Antara para peserta yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada wakil wanita UMNO Kg. Melayu Majidi,kaum ibu serta para pelajar sekolah menengah berhampiran.   Pasukan nasyid SK Mohd Khir Johari merupakan satu-satunya wakil tunggal bagi kategori sekolah rendah.  Walaupun hanya mendapat tempat ke-7 daripada 15 pasukan yang mengambil bahagian namun pasukan nasyid sekolah telah melakukan yang terbaik. Syabas Al Khair. Semoga berjaya pada tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan