Isnin, 19 April 2010

*PERTANDINGAN MEREKA BENTUK TANAH LIAT (PLASTERSIN) KANAK-KANAK*

Pada 10 April yang lalu, bertempat di Galeri Seni Johor, Panitia Pendidikan Seni SK Mohd Khir Johari telah menghantar 5 orang murid untuk menyertai Pertandingan Mereka Bentuk Tanah Liat (Plastersin) anjuran Yayasan Warisan Johor.   Pertandingan ini diadakan sempena Majlis Perasmian Kurnia Cipta 2010.  5 orang murid yang terlibat ialah Najiha Arissa bt. Norhisham, Nur Khalisa Aqilah bt Ruslan, Anis Suraya bt. Abdullah, Nurina Aishah dan Siti Nur Ezza.  Dua orang guru yang mengiringi murid-murid tersebut ialah Cikgu Rohaidah dan Cikgu Marziah.

Tujuan Yayasan Warisan Johor mengadakan pertandingan ini untuk menggalak dan mempertingkatkan pemahaman kanak-kanak dalam bidang seni lukis dan seni reka bagi melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Sebanyak 8 buah sekolah rendah dijemput menyertai pertandingan ini.
Peserta dari sekolah ini iaitu Najiha Arissa bt. Norhisham telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.  Dia telah menerima wang tunai RM150, hamper dan sijil penyertaan.  Dua orang rakannya iaitu Nur Khalisa dan Anis Suraya mendapat saguhati iaitu wang tunai RM70, hamper dan sijil penyertaan.
Tahniah kepada panitia seni sekolah dan murid-murid yang telah mengambil bahagian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan