Selasa, 20 April 2010

*KEJOHANAN PING PONG MSSD JOHOR BAHRU*

Pada hari Jumaat, 16 April 2010 yang lalu, pasukan Ping Pong sekolah telah menghantar 5 orang peserta ke pertandingan Ping Pong Daerah Johor Bahru.   Pertandingan ini telah diadakan di SJKC Pu Sze, Skudai.  3 orang guru yang mengiringi murid-murid ini ialah Cikgu Chan, Cikgu Nani dan Cikgu Abdul Fatah.

Pertandingan yang bermula jam 8.00 pagi berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.  Walaupun persaingan pada kali ini agak sengit kerana tiada pertandingan di peringkat zon, namun para peserta telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Satu kejayaan yang amat membanggakan apabila seorang peserta daripada sekolah kita iaitu Muhammad Hasrul b. Ismail dari Tahun 5 Gigih telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut.  Dia akan mewakili sekolah dalam pertandingan Ping Pong di peringkat MSSJ.   Satu kejayaan yang melakar sejarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan