Selasa, 2 Februari 2010

*PROGRAM KHAS UNTUK TAHUN 6 ARIF*

Pada hari Isnin, 1 Februari 2010 Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah bawah pimpinan En. Azizilfikri  b. Zahari dan Cik Mariany bt. Yusof telah menjalankan program khas untuk murid-murid Tahun 6 Arif.  Program ini telah dijalankan di Bilik Bimbingan dan Kaunseling pada jam 11.00 pagi.




 

 


Program ini bertujuan memberi motivasi dan sokongan kepada murid-murid Tahun 6 Arif.   Pendekatan kaunseling yang diguna ialah "Bayangan Minda (NLP)" dan Pernafasan Berirama (Metafizik)".   Aktiviti yang dijalankan benar-benar telah mewujudkan kesedaran dalaman dalam kalangan murid-murid yang hadir pada sesi tersebut.


 

  
 

Semoga pencapaian cemerlang dalam UPSR akan berterusan selaras dengan harapan menjadikan SK Mohd Khir No. 1 di Zon Majidi pada tahun 2010 ini.