Selasa, 2 Februari 2010

*PELANCARAN BULAN BAHASA MELAYU 2010*

Pada hari Isnin 1 Februari 2010 jam 8.00 pagi, En. Zamani b. Hj. Ahmad Guru Besar SK Mohd Khir Johari telah merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Melayu.  Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Abd. Fatah b. Yahaya.  Kemudian, Guru Besar menyampaikan ucapan perasmian diikuti persembahan silat sembah oleh murid-murid Tahun 5 dan 6.





Simbolik majlis perasmian ialah acara melepaskan sepasang merpati yang dilakukan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kurikulum.  Sejurus selepas itu, murid-murid Tahun 4 Arif, 4 Cerdas dan 5 Arif membuat persembahan pentomen sebagai pembuka tirai Bulan Bahasa.  Ada yang membuat persembahan pantun, syair dan mestamu .  Cikgu Rahmat Hidayat b. Sabari pula mendeklamasikan sajak yang bertajuk "Luka Sebuah Bahasa".  Sementara itu, kejutan juga dibuat oleh En. Mohd Iruan b. Ibrahim yang memecahkan belon dari atas bumbung.


Majlis pada pagi itu berakhir dengan pembahagian bunga telur kepada guru-guru yang hadir.   Guru Besar mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa Bahasa Melayu yang telah bekerjasama menjayakan majlis pelancaran tersebut.




Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Bahasa Melayu ialah:
1.  Pertandingan Bercerita Tahun 4, 5 dan 6.
2.  Pertandingan Mendeklamasikan Sajak  Tahun 4, 5 dan 6.
3.  Pertandingan Pidato Tahun 5 dan 6.
4.  Pertandingan Menulis Esei Tahun 6.
5.  Kuiz Silangkata.
6.  Kuiz Bahasa Melayu Murid Harapan Tahun 4, 5 dan 6.

Pertandingan dijalankan pada hari Sabtu, 6 November 2010