Selasa, 2 Februari 2010

*KEM BESTARI SOLAT SESI 1*

Pihak sekolah telah mengadakan Kem Bestari Solat sesi 1 pada 26 Januari 2010.   Program ini melibatkan murid-murid Tahun 4 dan 5.   Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut senarai nama guru yang telah ditetapkan. 


 

Guru-guru yang terlibat telah diberi penerangan oleh Pn. Norzakiah bt. Sakdillah selaku Penyelaras Kem Bestari Solat 2010.  Guru-guru yang terlibat diminta menemu bual murid-murid tentang bacaan-bacaan semasa solat dan perlakuan solat yang betul.



Pada jam 10.30 murid-murid berhenti rehat dan program bersambung semula pada jam 11.00 pagi.   Aktiviti selepas jam 11.00 pagi ialah solat berjemaah dan tayangan slaid oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.   Murid-murid juga menonton tayang video berkenaan solat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan