Ahad, 29 Mei 2011

*TRAGEDI TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK YATIM*


Bersih pakaian mereka, bersih hati mereka...namun tiada sesiapa menyangka dugaan yang bakal menimpa penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Jalan Felcra Semungkus, Hulu Langat Selangor ini.



Pada hari Sabtu, 21 Mei 2011, seramai 25 orang daripada 34 orang penghuni anak-anak yatim Al Taqwa ini berkumpul di dewan serbaguna untuk membuat persiapan bagi menyambut kehadiran tetamu mereka dalam satu majlis yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang.   Namun, Allah lebih mengetahui dan manusia hanya mampu merancang.  Kira-kira jam 2.30 petang, anak-anak yatim itu dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku secara tiba-tiba.


Seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17 memberitahu bahawa ketika kejadian dia pergi ke tandas dan tiba-tiba kejadian tanah runtuh itu pun berlaku.


" Apabila saya menoleh ke belakang, saya ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya  Saya nampak kawan-kawan yang berada di bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus".


Runtuhan tanah dari bukit ini dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit dan menyebabkan bangunan itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
Pihak bomba, polis, anggota Pertahanan Awam Malaysia yang tiba di tempat kejadian bergerak pantas mengeluarkan mangsa yang tersepit dan tertimbus di bawah runtuhan tanah itu dibantu oleh penduduk kampung.


Kira-kira jam 5.05 pagi Ahad, 22 Mei, mayat terakhir mangsa tanah runtuh yang merupakan anak yatim berusia 11 tahun, berjaya dikeluarkan menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban ialah 16 orang manakala 9 orang lagi terselamat dirawat di hospital.  Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk mereka yang telah terkorban dalam tragedi menyayat hati ini. Al-fatihah..

1 ulasan:

  1. suhaiza 5 dinsmik16 Jun 2011 7:17 PTG

    kesianyeeeee
    saye amat simpati kepada mereka ape pulak yang
    akan terjadi kepada mereka yeee
    saye harap lepas ini mereka akn lebih
    bahagia lnsyallah...

    BalasPadam