Khamis, 26 Mei 2011

*SAMBUTAN HARI GURU 2011*


Pada hari Isnin, 16 Mei 2011 bertempat di Dewan Terbuka SK Mohd Khir Johari telah diadakan satu majlis Sambutan Hari Guru bagi tahun 2011.   Majlis telah dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke dalam dewan diikuti dengan paluan kompang.   Majlis pada kali ini diacarakan oleh ...
Puan Asiah bt. Munajam dan dibantu oleh dua orang DJ (murid) iaitu DJ Khalisa dan DJ Najiha.


Selesai sahaja bacaan doa dan nyanyian lagu rasmi, Ketua Pengawas sekolah menyampaikan ucapan kepada guru-guru mewakili murid-murid.   Kemudian, GPK Kurikulum membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.  Ini diikuti dengan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh En. Zamani b. Hj. Ahmad.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah daripada Pusat Sumber Sekolah bagi kategori berikut:

Anugerah Kesetiaan Sekolah
1. Pn. Asiah bt. Siran mula berkhidmat di SKMKJ sejak 1 Jan 1985
2. Pn. Hajijah bt. Ali mula berkhidmat di SKMKJ sejak 11 Ogos 1985
3. Cik Halimah bt. Hussein mula berkhidmat di SKMKJ sejak 1 Jan 1986
4. Cik Fauziah bt. Hassan mula berkhidmat di SKMKJ sejak 1 Jan 1987
5. Pn. Rosminah bt. Abu Bakar mula berkhidmat di SKMKJ sejak 26 Okt 1987
6. En. Abd Majeed b. Makkai Kutty mula berkhidmat di SKMKJ sejak 1 Mac 1989
7. Pn. Norhayati bt. Abd Kadir mula berkhidmat di SKMKJ sejak 26 Okt 1990


Anugerah Guru Contoh
1. GPK Contoh Pengurusan - En. Mohd Shukri b. Sultani
2. Guru Contoh Ghazal - Pn. Jamilah bt. Sawel
3. Guru Contoh Matematik - Pn. Chan Kwai Chee
4. Guru Contoh Sukan - En. Mohd Sofi b. Ahmad
5. Guru Contoh Pengacaraan - Pn. Asiah bt. Munajam

Anugerah Khas
1.  En. Zamani b. Hj. Ahmad

Anugerah Guru Nilam
1. En. Syahril Azmy b. Bakar   Ketua Panitia BM
2. Pn. Sumitra a/p Varsan    Ketua Panitia BI

Anugerah Sudut Bacaan Kelas Terbaik
1. Pn. Hajijah bt. Ali
2. Cik Halimah bt. Hussein

Anugerah Papan Kenyataan Kelas Terbaik
1. En. Ahmad Kamarudin b. Kasman
2. Pn. Zainab bt. Ali


Kuiz Blog Pusat Sumber
1. Pn. Habibah bt. Mohamad
2. En. Azizilfikri b. Zahari
3. Pn. Nurulsimah bt. Md. Yusoff
4. Nurul Amirah bt. Mohd Azman 6 KRK 2
5. Mohamad Akmal b. Daud 5 Cerdas
6. Fatin Nur Haifa bt. Zainalabidin 6 KRK 2
7. Muhammad Addiq b. Suhairi 6 KRK 2
8. Muhammad Mujahid Danial b. Mohd Shukri 6 KRK 1

Sekalung tahniah kepada para penerima hadiah.   Majlis pada hari itu diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada kategori khas anjuran Kelab Guru dan Kakitangan sekolah (KEBIRU).

Anugerah Guru Popular (Pagi)
1.  En. Zakaria b. Hashim
2.  Pn. Nurziyani bt. Zahari

Anugerah Guru Popular (Petang)
1.  En. Mohd Azreen Naimi b. Mohd Zain
2.  Pn. Jamilah bt. Sawel

Anugerah Guru Inovatif dan Kreatif
1.  En. Naidatul Zamrizam b. Abu


Pada hari yang istimewa ini juga, setiap guru juga turut menerima cenderamata sumbangan daripada KEBIRU


Di samping itu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh murid-murid.  Pembuka tirai persembahan ialah kumpulan ghazal sekolah diikuti dengan tarian zapin.   Murid-murid Tahun 5 turut mempersembahkan aksi lakonan, nasyid dan nyanyian.


Tidak ketinggalan juga ialah persembahan murid-murid prasekolah dengan lagu mereka Terima Kasih, Cikgu. Selesai sahaja persembahan, acara sukaneka antara guru-guru rumah sukan diadakan.   Semua acara diadakan di dewan sekolah.


Acara sukaneka pada pagi itu diungguli oleh pasukan hijau. Tempat kedua pula ialah rumah biru dan ketiga ialah merah. Murid-murid bersurai setelah mengucapkan Selamat Hari Guru.


Majlis jamuan Hari Guru pula berlangsung pada petang itu di Hotel Tropical Inn.  Suasana di dalam "ballroom" tersebut begitu selesa sehingga ada yang terlupa antara malam dan siang kerana banyak jamuan guru pada tahun-tahun sebelumnya diadakan pada waktu malam.  Majlis jamuan yang bermula pada jam 2.00 petang dihadiri oleh hampir semua guru SK Mohd Khir Johari.


Dalam majlis tersebut juga diadakan majlis penyampaian hadiah untuk En. Johri yang telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kg. Pasir mulai 1 Jun yang lalu.  Cik Hasnah bt. Abd Samad yang berpindah ke SK Kempas tidak dapat hadir kerana ada urusan di sekolah baru.   Majlis pertukaran hadiah sesama guru juga diadakan dalam  majlis pada petang itu yang berakhir kira-kira jam 5.00 petang.   Sekalung tahniah kepada AJK Kebiru yang telah berjaya mengelolakan majlis pada petang itu.

1 ulasan: