Ahad, 24 April 2011

*LAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN KE PUSAT SUMBER SK MOHD KHIR JOHARI*


Pada hari Rabu, 13 April 2011 jam 12.00 tengah hari, Pusat Sumber Sekolah telah dilawati oleh dua orang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Johor.   Mereka ialah Pn. Helen Song Yok Chin dan Datin Nor 'aini bt Abdullah.  Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk...
memantau perjalanan pusat sumber di Sekolah Mohd Khir Johari.  Hasil pemantauan yang dilakukan, berikut ialah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:

1.  Setiap bilik sumber perlu ada buku rekod penggunaan.   Bagi perpustakaan perlu ada buku rekod penggunaan dan pinjaman.
2.  Setiap bilik tidak perlu dikunci semasa sesi pembelajaran agar guru-guru mudah mengakses bilik-bilik tersebut.
3.  Latih murid-murid yang masuk ke perpustakaan agar lebih berdisiplin dan tahu apa-apa yang hendak dibuat.
4.  Pastikan setiap murid mempunyai buku Nilam.
5.  Adakan sudut pameran bertema mengikut panitia di dalam perpustakaan.
6.  Wujudkan pertandingan untuk murid-murid dan guru-guru seperti pertandingan perpustakaan mini di dalam kelas, pertandingan buku skrap dan pertandingan ulat buku.

Sebelum pulang, Pn. Helen dan Pn. Noraini sempat bertemu dengan En. Md. Shukri b. Sultani, GPK Kurikulum untuk menyatakan pandangan beliau tentang pusat sumber sekolah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan