Isnin, 11 April 2011

*BENGKEL ASAS PENYIARAN 1*


Pada hari Jumaat, 8 April 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat, SK Mohd Khir Johari telah diadakan bengkel asas penyiaran untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang berminat untuk menjadi juruhebah/DJ (deejay).  Selepas melalui tapisan yang pertama, seramai..
44 orang murid layak untuk menjadi DJ.

Bengkel Asas Penyiaran bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.  Pada mulanya, bengkel ini dicadangkan untuk diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, namun oleh sebab terlalu banyak program yang dijalankan pada hari Sabtu di sekolah, maka tarikh hari Jumaat dipilih.



Murid-murid yang menyertai bengkel ini dikenakan bayaran RM20.  Mereka dibekalkan dengan fail yang mengandungi bahan bengkel.   Peserta juga mendapat kudapan pagi.   Atur cara bengkel pada hari Jumaat tersebut seperti berikut:

8.00 pagi hingga 8.30 pagi  :  Pendaftaran di Dewan Suluh Budiman
8.30 pagi hingga 10.00 pagi  :  Asas Penyiaran Radio
10.00 pagi hingga 10.30 pagi :  Rehat
10.30 pagi hingga 12.00 pagi :  Pengenalan Tentang Media
12.00 tengah hari hingga 2.30 petang : Rehat dan Solat Jumaat
2.30 petang hingga 4.30 petang :  Tugas dan Peranan Juruhebah



Murid-murid yang menyertai program ini juga belajar tentang pembukaan apabila memulakan rancangan iaitu:
1.  Ucapan salam
2.  Kenalkan diri
3.  Kenalkan nama stesen radio dan "tagline"
4.  Beritahu jangkamasa bersiaran
5.  Susunan rancangan
6.  Lagu hiburan

Contoh ayat:  Hi, hi. hi...saya DJ Yasmin dari Jauhari FM "Stesen Pilihan Anda" akan bersiaran selama 1 jam untuk menemani dan menghiburkan anda walau di mana jua anda berada.

Para peserta juga diajar menjadi wartawan di luar lokasi.   Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel ini.   Murid-murid menunjukkan minat dan teruja dengan program yang baru diperkenalkan ini.



Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada tiga orang DJ daripada Fitrah Media Enterprise yang telah membimbing para juruhebah dari SK Mohd Khir Johari.   Mereka ialah :

1.  En. Harun b. Omar @ HBO
2.  En. Marzuki b. Ismail  @ DJ Senja
3.  DJ Nash.

Selain itu, murid-murid juga diberi tugasan untuk mencari bahan siaran bagi Bengkel Asas Penyiaran 2 yang akan diadakan pada hari Jumaat, 15 April 2011.  Tajuk tugasan meliputi bahan :

1.  Hebahan kelab/perjumpaan/jualan
2.  Tips belajar/jimat tenaga/keselamatan
3.  Kempen budi bahasa/kebersihan
4.  Berita
5.  Ucapan
6.  Tembu bual
7.  Lintas langsung



Tahniah juga kepada Siti Aisyah bt. Md. Rajiur Rahman kerana telah berjaya menerima hadiah daripada DJ Senja hasil daripada menjawab soalan dengan tepat.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan