Selasa, 1 Mac 2011

*PELANCARAN MNGGU ANTI DADAH 2011*


Pada hari Selasa, 1 Mac 2011,  pihak sekolah dengan kerjasama unit Kaunseling SK Mohd Khir Johari telah melancarkan Minggu Anti Dadah peringkat sekolah.   Dalam majlis tersebut, Puan Suhana bt. Othman...

telah mengacarakan majlis.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Edham b. Afandi.   Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar anti dadah oleh Nor Khalisa Aqilah, penolong ketua pengawas SK Mohd Khir Johari.   Seterusnya, guru-guru dan murid-murid menyanyikan beramai-ramai lagu Dadah Durjana.

Ikrar Anti Dadah
Bahawasanya kami
rakyat Malaysia
berikrar untuk menjauhkan diri
daripada dadah pada setiap masa
dengan memenuhi masa lapang
dengan kerja-kerja yang berfaedah;
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
yang berguna dan berfungsi
kepada masyarakat
menjadi rakyat berilmu
berakhlak mulia
dan mengamal
cara hidup sihat dan cergas
menyediakan diri
untuk mengisi keperluan wawasan
dan membantu segala usaha
bagi membebaskan
negara Malaysia
daripada ancaman dadah.


Lagu Dadah Durjana
Dadah durjana
kau penghancur bangsa
kau musuh rakyat
kau musuh negara
kini kami teguh
kini kami kuat
dadah kami rempuh
hancur dadah jaya rakyat
kami anti dadah
kami benci padamu
sekutu kita perangi dadah
mulia bangsa tanpamu
mari semua mari saudara
jangan habiskan usia muda
semangat bangsa bergelora
tanpa dadah kita berjasa.

Kemudian, En. Azizilfikri b. Zahari selaku Ketua Unit Kaunseling menyampaikan ucapan alu-aluan pelancaran minggu anti dadah.  Beliau mengingatkan murid-murid tentang bahaya merokok dan kaitannya dengan najis dadah.


Selepas itu,  En. Muhamad b. Aziz, selaku Guru Penolong Kanan HEM menyampaikan teks ucapan Menteri Pelajaran Malaysia sempena kempen anti dadah kebangsaan.   19 Februari setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 19 Feb 1983.   Pada 8 Januari 1998 pula, Menteri Pendidikan Malaysia telah melancarkan kempen sekolah bebas dadah pada tahun 2012.


Majlis diteruskan dengan perasmian minggu anti dadah peringkat sekolah oleh En. Md Shukri b. Sultani,  GPK Kurikulum.   Antara lain, beliau menyatakan bahaya dadah dan kesannya kepada pengedar dan penagih dadah.   Hidup akan musnah jika kita menagih dadah.   Negara memerlukan pemimpin masa hadapan yang hebat dan mempunyai jati diri yang teguh.


Marilah sama-sama kita membenci dadah.   Cegah dadah sebelum parah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan