Ahad, 31 Oktober 2010

*KELAB MEDIA DAN RADIO SEKOLAH*

Kelab Media dan Radio Sekolah Mohd Khir Johari mula ditubuhkan pada 1 Ogos 2010.  Penubuhan kelab ini diilhamkan oleh YB Tn. Hj. Adam b. Sumiru, ADUN Tanjung Puteri.  SK Mohd Khir Johari antara 20 buah sekolah di daerah Johor Bahru yang diminta menubuhkan Kelab Media dan Radio Sekolah.  


Fitrah Media Enterprise ialah syarikat swasta yang membekalkan peralatan radio dan media untuk Studio Mini / Konti SK Mohd Khir Johari.  Semua peralatan ini ialah sumbangan daripada YB ADUN Tanjung Puteri.   Selain itu, Fitrah Media Enterprise juga bertanggungjawab melatih guru-guru dan murid-murid yang menganggotai Kelab Media dan Radio Sekolah (KEMRADS) dengan kos RM3500.  
"Jauharifm"  dijangka mula beroperasi pada awal Januari 2011.  Sepanjang tempoh dari bulan Ogos hingga Nov pelbagai persiapan telah dibuat untuk menubuhkan kelab ini.   Antaranya ialah memilih bilik untuk dijadikan studio mini, menjalankan sesi uji bakat untuk murid-murid dan mengadakan bengkel untuk guru-guru di sekolah ini.  Seramai 40 murid Tahun 4 dan 5 telah terpilih dalam uji bakat yang dijalankan.   Sementara itu, bengkel pertama untuk guru-guru juga telah dijalankan pada hari Sabtu, 23 April yang lalu.  Terima kasih kepada En. Mohd. Marzuki Ismail (DJ senja) dan En. Harun Omar yang telah membimbing kami.
Penubuhan KEMRADS juga disokong oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.  Banyak sekolah yang telah menubuhkan kelab ini dan menjalankan operasinya.  Antaranya ialah SMK St. Jospeh, SK Kompleks Uda dan SK Taman Suria.
Menurut Tn. Hj. Adam b. Sumiru,  program kokurikulum ini bertujuan menyahut seruan Kementerian Pelajaran berteraskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).   Ini bertujuan memperkasakan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsan serta meningkatkan modal insan dalam bidang pendidikan.

Pada peringkat awal, pelajar sekolah akan diberikan Kursus Asas penyiaran ‘’broadcasting’’ dan segala yang berkaiatan dengan dunia penyiaran negara.   Selepas itu, satu prasarana lengakap akan diadakan di sekolah yang terlibat  dengan mengadakan sebuah studio mini yang akan membolehkan sekolah berkenaan mempunyai sebuah stesen Radio Sekolah.   Stesen ini  bersiaran secara siaran dalam sekolah.
YB Tn. Hj. Adam b. Sumiru berharap program KEMRADS yang diperkenalkan khusus kepada pelajar-pelajar di DUN Tanjung Puteri ini dapat menyahut seruan Kementerian Pelajaran serta menjadikan belia kita golongan yang serba boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan