Selasa, 1 Mac 2011

*WARNA MENGIKUT HARI- SETUJUKAH ANDA?*

Apakah pakaian yang anda pakai hari ini?
Apakah warna pakaian anda?
Bagi murid sekolah, anda perlu memakai uniform pada hari persekolahan.
Bagi orang dewasa, anda bebas memilih warna pakaian.
Hakikatnya, warna pakaian yang dipakai pada setiap hari mempunyai aura tersendiri...


Pemilihan warna yang sesuai ini berdasarkan vibration visual light yang mendominasi setiap hari.   Cadangan warna yang sesuai mengikut hari adalah seperti berikut:


Ahad ~ warna hitam
Hari Ahad merupakan hari yang sesuai untuk beristirahat.   Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad.   Pakaian berwarna hitam boleh mengelakkan diri daripada terdedah kepada gelombang asing yang memudaratkan.   Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna hitam.

Isnin ~ warna putih

Hari Isnin merupakan hari pertama dalam bekerja.   Seseorang yang mendapat tidur yang mencukupi akan bangun pada hari Isnin dalam keadaan segar dan bertenaga.   Jika ingin menanam pokok bunga yang berwarna putih, tanamlah pada hari Isnin.   Jika memakai baju berwarna putih pada hari Isnin, mampu merangsang kelenjar yang terdapat di dalam badan kita.   Warna putih ini akan diserap oleh saraf sekiranya kita berada dalam keadaan hening dan tenang.  Anda pasti berasa kesegarannya.   Cubalah!

Selasa ~ warna merah jambu atau ungu





Warna merah jambu atau ungu ialah warna kasih sayang.   Jika seseorang mempunyai migrain akan terasa lega pada hari Selasa.   Hari Selasa juga hari yang paling sesuai untuk menyatakan emosi dan penghayatan.  Jika ingin melancong atau mengembara, pilihlah hari Selasa kerana hari ini tahap penghayatan amat tinggi.   Aura wana merah jambu sangat kuat dalam memujuk orang-orang yang degil.   Jika guru memakai warna baju berwarna merah jambu pada hari Selasa, mudahlah untuk memujuk murid-muridnya.   

Rabu ~ warna biru


Warna biru  merangsang kelenjar tiroid.   Biru ialah warna yang menjadikan gelombang bunyi lebih resonan atau bergema.   Pada hari Rabu, hormon thyroxine yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid berada pada tahap optimum.   Ini bermakna, segala hasrat yang tersimpan di dalam hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata.   Oleh itu, berhujahlah, berucaplah, bermesyuaratlah dan berkata-katalah pada hari Rabu.

Khamis ~ warna kuning atau jingga/oren
















Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman sementara warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.   Pada hari ini dinasihatkan agar tidak makan terlalu banyak kerana untuk memberi peluang kepada sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.   Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari.   Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.

Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh.   Bagi mereka yang berdiet atau berpuasa pada hari Khamis, kandungan asid urik, lemak dan protein dapat dipecahkan dan ditukarkan menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.   Warna oren juga merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita.   Oleh itu, hari Khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Jumaat ~ warna hijau




Warna hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi jantung dan paru-paru.
Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling  maksimum.   Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat jumaat).

Pada hari Jumaat sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga.   Senaman pernafasan pada hari Jumaat akan memberi kesan menakjubkan pada hari ini berbanding pada hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan berasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak berasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit.

Sabtu ~ warna merah


Warna merah ialah warna yang menyamai vibration pada bahagian usus, otot, darah, tulang dan saraf.   Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.  Hari Sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti lasak di luar rumah.

Bagaimana? Anda setuju dengan pilihan warna yang disyorkan?  Tepuk dada tanyalah selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan