Sabtu, 12 Februari 2011

*PENEMPATAN MANGSA BANJIR*


Beberapa buah bilik darjah di SK Mohd Khir Johari telah dijadikan penempatan mangsa banjir baru-baru ini.  Mereka yang ditempatkan di SK Mohd Khir Johari ialah dari kawasan...


Kampung Seri Purnama.

Seramai 41 orang mangsa banjir mula ditempatkan di sekolah ini bermula dari hari Ahad, 30 Januari 2011.  Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu mangsa banjir dengan menghulurkan keperluan makanan dan pakaian.  Pusat Kesihatan Kecil juga menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa banjir pada setiap hari.


Ahli Majlis Bandar raya Johor Bahru, En. Azman b. Dawam turut hadir beramah mesra dengan mangsa banjir.    Beberapa orang guru dari SK Mohd Khir Johari pula ditugaskan untuk membantu pihak JKM mengurus mangsa banjir.


Tuan Pengarah Pelajaran Johor iaitu Hj. Markom b. Giran dan beberapa orang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru turut hadir pada malam itu untuk melihat keadaan tempat tinggal mangsa banjir.   Selepas 3 hari berada di sekolah, mangsa banjir dibenarkan pulang kerana paras banjir di Kg. Sri Purnama semakin surut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan