Jumaat, 11 Februari 2011

*ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU*


Anugerah Nilam Peringkat Daerah Johor Bahru 2011 telah diadakan di PKG Gelang Patah, Johor Bahru.   Atur cara majlis pada hari Selasa, 8 Februari itu bermula dengan...



8.00 pagi : Pendaftaran
8.15 pagi : Taklimat Peserta
8.30 pagi : Ujian Bertulis - 1 tajuk karangan dalam Bahasa Melayu
9.15 pagi : Rehat
9.30 pagi : Ujian Lisan Dwibahasa - baca petikan, jawab soalan dan soalan isu semasa
1.00 tengah hari : Rehat/Makan tengah hari
2.00 petang : Ujian Lisan Dwibahasa
3.30 petang : Majlis Penutup.   Penyampaian sijil dan hadiah



Keperluan bagi calon-calon Nilam ialah:

1.   Pengisian borang Nilam.  Dimuat turun dari laman web PPD JB atau PKG Johor Bahru sekitar bulan 1.
2.   Buku-buku Nilam yang telah dibinding.
3.   Satu fail folio tentang maklumat diri.  Disertakan gambar calon, keputusan peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun serta sijil-sijil yang dimenangi.
4.   Mengetahui isu-isu semasa
5.   Bersedia dengan satu maklumat tentang buku; nama  buku, nama pengarang, tema, sinopsis dan pengajaran yang boleh diambil daripada buku yang dibaca.
6.   Mengetahui tentang Sistem Perpuluhan Dewey.


Keputusan akhir pertandingan Nilam Daerah Johor Bahru.

Sekolah Rendah Bandar
1.  SK Sri Tebrau
2.  SK Taman Desa Skudai
3.  SK Taman Anggerik

Sekolah Menengah Bandar
1.  SMK Tun Fatimah
2.  SMK (P) Sultan Ibrahim
3.  SMT Johor Bahru

Semoga calon dari SK Mohd Khir Johari akan berjaya pada tahun hadapan.  Perjuangan kita belum selesai!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan