Selasa, 7 Disember 2010

*MAJLIS PERSARAAN PN. CHEOK CHAI HOON*

Pada hari Isnin, 15 November 2010 jam 12.00 tengah hari, pihak sekolah telah mengadakan majlis persaraan untuk Pn. Cheok Chai Hoon, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.






Pn. Cheok Chai Hoon mula berkhidmat di SK Mohd Khir Johari pada tahun 2003.  Beliau berkhidmat di sekolah ini sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.   Pada tanggal 15 Disember 2010 genaplah usia beliau 56 tahun.


Mudah tersenyum namun tegas dalam kerjaya itulah prinsip yang ditunjukkan oleh Pn. Cheok Chai Hoon.  Apa-apa kerja yang dilakukan, beliau akan buat dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya.


Pn. Cheok Chai Hoon selalu turun padang dan membantu guru-guru dalam melaksanakan tugas terutama dalam aktiviti kokurikulum.   Sesungguhnya persaraan beliau merupakan satu kehilangan kepada sekolah.   Namun,  sudah menjadi lumrah kehidupan di mana ada pertemuan pasti ada perpisahan.


Majlis persaraan beliau disempurnakan dengan ucapan Guru Besar, En. Zamani b. Hj. Ahmad.   Selepas itu, Pn. Cheok Chai Hoon menyampaikan ucapan.   Beliau berharap agar murid-murid SK Mohd Khir Johari meneruskan kecemerlangan terutama dalam bidang kokurikulum.   Kejayaan dalam pasukan hoki sekolah di peringkat kebangsaan sungguh membanggakan beliau.


Sejurus selepas ucapan beliau, guru-guru yang hadir bersalam-salaman dengannya diikuti dengan murid-murid SK Mohd Khir Johari.   Bagi pihak warga sekolah, terimalah serangkap pantun untuk Pn. Cheok Chai Hoon yang disayangi:

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Biar jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Selamat Bersara Pn. Cheok Chai Hoon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan