Khamis, 9 Disember 2010

*AIR - KEPERLUAN YANG SEMAKIN TERANCAM DAN MENGANCAM*


Air yang kita minum saban hari semakin membimbangkan...  terutama dari segi kebersihannya.   Untuk mendapatkan air yang terjamin kebersihan, tiada karat, kurang klorin... tinggi pula kosnya.


Kos yang tinggi kerana kita perlu memasang sistem penapis air di rumah untuk mengatasi masalah ini.   Walau bagaimanapun perkara ini amat baik dilakukan kerana saya sendiri menggunakan penapis air di rumah.   Air yang tidak ditapis sering kali menunjukkan kesan berkeladak dan karat terutama jika bekalan air yang terputus baru sahaja dibaiki.   Saya menggunakan sistem penapis Bio-Aura kerana harganya berpatutan dan alat gantinya mudah didapati.   (Ada banyak jenis sistem penapis air di pasaran, terserah kepada anda)
Namun demikian bagaimana jika kita berada di luar rumah?  Apakah warung atau restoran juga menggunakan sistem penapis air?   Jika air sudah dicampur teh atau kopi, kemudian dicampur pula sedikit gula, bagaimanakah kita hendak menilai kebersihannya.   Tawakal!
Ada juga pengguna yang membeli air mineral untuk bekalan ketika di luar rumah bagi memastikan kebersihan air yang diminum.   Air Spritzer antara air mineral yang berkualiti dan sesuai untuk diminum.   Bagi masyarakat Islam, produk yang dibeli mestilah halal dan air Spritzer antara jenama minuman yang disahkan halal oleh Jakim. (Natural Mineral Water, Drinking Water, Isotonic Drinks and Carbonated Flavoured Drinks 2004)


Seperti yang kita ketahui air menutupi hampir 71% peratus permukaan bumi.   Fitrah manusia yang dicipta daripada tanah tentu selesa apabila di kelilingi air.    Air adalah anugerah Tuhan yang sangat berharga.   Seorang profesor dari Institut Hado, Tokyo iaitu Dr. Masaru Emoto telah menjalankan kajian tentang air pada tahun 2003.   Sesuatu yang menakjubkan telah ditemui oleh beliau.


Di dalam bukunya yang bertajuk "Message from Water", beliau mendapati molekul air (H2O) boleh berubah-ubah.   Ia bergantung kepada perasaan manusia di sekelilingnya.   Perasaan manusia itu memberi isyarat kepada partikel molekul air itu hingga menjadi partikel kristal yang indah dan mengagumkan.


Air apabila mendapat reaksi positif dari  persekitarannya akan menjadi indah tetapi akan menjadi buruk apabila mendapat reaksi negatif.   Lebih dua ribu foto kristal air terdapat dalam buku 'Message from Water" yang telah dikarangnya.   Profesor Emoto juga membuat kesimpulan bahawa partikel air dapat dipengaruhi oleh dendangan muzik, doa-doa malah kata-kata yang ditulis dan dicelupkan ke dalam air tersebut.


Masyarakat Islam sebenarnya sudah lama mengamalkan membaca doa ketika hendak minum atau menjamah makanan.   Amalan orang Melayu menyediakan air ketika membaca Yasin sebenarnya telah dibuktikan oleh pakar Jepun tentang khasiatnya!   Jika kita sedar sifat air yang boleh berubah bentuknya tentulah kita menjaga persekitaran air agar tidak terancam atau berubah menjadi negatif.


Cuba fikirkan sebentar, sewaktu berlaku peristiwa tsunami di Acheh,  apabila wujud persekitaran positif yang cukup besar di persekitaran binaan masjid yang menjadi tempat ratusan orang berdoa puluhan tahun, maka gelombang tsunami yang mempunyai unsur negatif tidak mampu menghancurkan masjid tersebut kerana tenaga positif pada masjid itu telah meneutralkan gelombang tsunami tersebut!  Fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan