Ahad, 31 Oktober 2010

*PROGRAM MAJLIS PAUTAN KASIH*

Pada hari Rabu, 1 September 2010 bertempat di Dewan Terbuka SK Mohd Khir Johari, Unit Kebajikan Biasiswa Sekolah, Unit KWAPM, Panitia Pendidikan Agama Islam dan Panitia Bahasa Arab telah menganjurkan Majlis Pautan Kasih.
Majlis Pautan Kasih ini ialah majlis pemyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan murid-murid yang miskin sempena bulan Ramadhan yang mulia.  Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG Dato Hj. Dollah b. Hj. Said.   Ibu bapa dan murid-murid yang terlibat telah hadir ke sekolah seawal jam 7.30 pagi.
Selesai proses pendaftaran, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan Guru Besar, En. Zamani b. Hj. Ahmad.  Kemudian YDP PIBG Dato Dollah b. Hj. Said telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari tersebut.
Kemudian, ibu bapa yang hadir menerima sumbangan berupa pakaian, makanan dan wang tunai daripada YDP PIBG.  Pihak sekolah juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang daripada syarikat-syarikat berikut:

1. Toko Permata
2. F&N
3. Damansutra Sdn Bhd (Esso Kg. Melayu)
4. Siti Ham Enterprisa (Petronas Kg. Melayu)
5. Restoran Sri Murni
6. Redha Edar Sdn Bhd
7. Apollo Food Industries

Tiada ulasan:

Catat Ulasan