Selasa, 28 September 2010

*PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010*

Pada hari Jumaat 6 Ogos 2010 yang lalu sehingga hari Ahad 8 Ogos 2010, Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform.


Program yang berlangsung selama tiga hari ini diadakan di Pusat Kokurikulum, Kem Tasek Utara, Johor Bahru.
Berikut ialah butiran tentang objektif perkhemahan itu diadakan:


Objektif:
1. Membina sikap dan ketahanan diri untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan.
2. Memperluaskan pengetahuan dan pengalaman terhadap persekitaran.
3. Melatih pelajar sentiasa berdisiplin, bertanggungjawab dan berdikari.
4. Memberi keseronokan bersama rakan-rakan sebaya menjalankan aktiviti.

Murid-murid yang menyertai perkhemahan berkumpul di sekolah sekitar jam 3.00 petang.   Mereka kemudian dibawa oleh bas sekolah ke pusat kokurikulum.  Selepas pendaftaran, murid-murid dibahagi kepada beberapa kumpulan.


Antara aktiviti yang dijalankan ialah mendirikan khemah menggunakan teknik yang betul, pengembaraan, kawad kaki, malam kebudayaan, kayak, "rock climbing", "orientering", "repelling" dan  "flying fox".


Seramai 120 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 menyertai perkhemahan kali ini.  Guru-guru yang bertugas memberi sokongan kepada para peserta yang menyertai perkhemahan tersebut.


Majlis penutup diadakan pada jam 2.00 petang.  Selepas penyampaian sijil dan hadiah, murid-murid membersihkan kawasan perkhemahan dan bertolak pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan