Isnin, 30 Ogos 2010

*MINGGU PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB*

Sepanjang bulan Ramadan ini, Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab telah melancarkan kempen bulan beribadah kepada warga SK Mohd Khir Johari.  Kempen ini telah dimulakan pada hari Isnin, 16 Ogos 2010 dengan majlis perasmian oleh Tuan Guru Besar, En. Zamani b. Hj. Ahmad.


Simbolik bermulanya majlis perasmian kali ini ialah apabila Guru Besar mengangkat kerubung yang menutup kitab Al-Quran.  Panitia Agama dan dan Bahasa Arab menghadiahi Guru Besar senaskhah Al-Quran.


Majlis perasmian Kempen Bulan Ibadah dimeriahkan lagi dengan  dikir Bahasa Arab, persembahan teater dan bacaan ayat suci al_Quran.


Pelbagai akiviti akan diadakan sepanjang kempen tersebut.   Antaranya ialah pertandingan azan, musabaqah Al-Quran, kuiz Bahasa Arab dan pertandingan nasyid.

Aktiviti tadarus Al-Quran


Sebahagian peserta pertandingan azan


Sebahagian peserta pertandingan musabaqah Al-Quran.




Sebahagian pula peserta pertandingan nasyid.


Tahniah kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan