Pn. Rahimah telah berkhidmat di beberapa buah sekolah termasuklah SMK Tasek Utara, SJK Cina Pandan dan SK Mohd Khir Johari. Setelah berkhidmat lebih 25 tahun, kini Pn. Rahimah bersara wajib pada usia 58 tahun. Perwatakannya yang ceria dan dedikasi menyebabkan ramai warga sekolah ini yang akan rindu kepadanya kerana pada setiap pagi selalunya Pn. Rahimah akan mencari guru-guru untuk tugasan "relief".
Jasa dan pengorbanan Pn. Rahimah selama ini kepada pihak sekolah akan dikenang sampai bila-bila. Segala salah dan silap, maaf jua yang kami pinta. Jika ada kelapangan jemputlah datang ke sekolah. Pintu sekolah ini sentiasa terbuka untuk warga pendidikan yang banyak berjasa.
Akhir kata, Selamat Bersara kepada Pn. Rahimah. Semoga gembira dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Segala kenangan manis sewaktu berada di sekolah ini akan kekal abadi tersimpul rapi. Terimalah serangkap pantun daripada kami warga SKMKJ.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan