Jumaat, 7 Mei 2010

*MAJLIS PENYERAHAN KWAPM 2010*

Pada hari Sabtu, 30 April 2010 jam 8.00 pagi bertempat di dewan terbuka, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penyerahan Wang KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) kepada ibu bapa yang layak.




Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan guru besar dan ucapan tetamu kehormat.   Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat En. Adam b. Sumiru, ADUN Tanjung Puteri.   Beliau telah menyampaikan replika cek sebanyak RM19,000 sumbangan kerajaan.


Bagi setiap keluarga hanya layak menerima RM200 setahun walaupun mempunyai 5 orang anak yang bersekolah. Ibu bapa yang belum menjelaskan yuran sekolah, bayaran akan dipotong daripada peruntukan tersebut.   Terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang telah hadir dalam majlis itu.   Sebarang kekurangan, maaf jua yang kami pohon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan