Sabtu, 8 Mei 2010

*GURU PRAKTIKUM - SEKALUNG BUDI*

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan salam perpisahan kepada 2 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Temenggung Ibrahim yang telah menamatkan praktikumnya di sekolah ini pada 30 April yang lalu. 




Ketika memulakan langkah ke sekolah ini pada 1 Februari 2010, Mohamad Ikhwan b. Sulaiman dan Mohd Zulkifli tidak mengenali Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari.  Namun setelah 3 bulan di sini, pelbagai kenangan diperoleh antaranya menghantar murid ke pertandingan hoki, Mesyuarat Agung PIBG dan Sambutan Maulidur Rasul.  Tahniah atas kerjasama.  Selamat meneruskan sesi kuliah semula di IPTI.  Semoga menjadi guru pelatih cemerlang.

2 ulasan:

  1. terima kasih SKMKJ...sedang 'studyweek' utk exam yg bakal diduki pd 18-24mei. trimekasih cikgu2 SKMKJ!HEBAT!!

    BalasPadam
  2. hai,kawan 5a semoga berjaya

    BalasPadam