Isnin, 24 Mei 2010

*KEM KELAS SUKAN RENANG NEGERI JOHOR 2010*

Kementerian Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Kem Kelas Sukan Renang untuk murid-murid di Daerah Johor Bahru pada 22 dan 23 Mei 2010 di Kolam Renang Larkin, Johor Bahru.   Sebanyak 5 buah sekolah telah mengambil bahagian:

1. SK Mohd Khir Johari
2. SK Sri Amar
3. SK Taman Suria
4. SK Foon Yew 1 & 2

Aktiviti ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.


Pihak sekolah telah menghantar murid-murid yang berminat ke kem ini.  Beberapa orang murid sekolah ini telah memenangi hadiah dalam Kem Kelas Sukan Renang yang diadakan:
1.   Sharifah Yasmin Amirah 5 Arif  (ke-2 acara renang 40m dan ke-3 acara renang 20m)
2.   Vina Nur Fateha 5 Dinamik (ke-3 acara renang 40m dan ke-4 acara renang 20m)
3.   Mohd Fakrul Aiman 5 Bestari  (ke-2 acara 40m)
4.   Mohd Ashraf Aiman  6 Arif (ke-3 acara 40m)
5.   Mohd Fadly 5 Bestari (ke-4 acara 20m dan 40m)
6.   Mohd Al Ayubbi 5 Arif (ke-3 acara 40m)

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor iaitu En. Mohd Ghani b. Mohd Yusof.   Tahniah kepada murid-murid yang berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan