Jumaat, 21 Mei 2010

*GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA PERAYAAN HARI GURU*

Perayaan Hari Guru pada tahun ini lebih meriah apabila murid-murid dan guru-guru di seluruh negara membuat persiapan awal dengan mengadakan Gotong-Royong Perdana.  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia memberi pandangan bahawa aktiviti ini tidak mencerminkan Profesionalisma Guru sebaliknya memberi gambaran bahawa tugas guru beralih ke pembersihan. 

Namun, kami akur dengan dengan arahan yang telah ditetapkan.   Murid-murid dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan sekolah.  Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah mengutip sampah, membersihkan kelas dan membuat persiapan sempena Hari Guru.

Guru-guru kelas juga mengambil peluang berharga ini untuk bersama-sama anak didik mereka membersihkan kelas dan menyusun kerusi meja sempena Majlis Sambutan Hari Guru.  Ada yang menceriakan kelas dengan menampal carta, membersihkan tingkap dan mengecat kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan