Jumaat, 28 Mei 2010

*10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA*

Negara kita telah merdeka sejak tahun 1957.   Kita telah bebas bekerja, belajar dan membina negara kita sendiri.   Dahulu kita berbangga dengan kejayaan Melaka sebagai negara yang kaya raya kerana hasil pelabuhannya.

Hari ini kita bebas mencari kekayaan asalkan kita berusaha bersungguh-sungguh dan fokus dalam apa-apa yang kita lakukan.   Kata pepatah Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.   Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Cuba lihat senarai 10 orang terkaya di Malaysia.  Apa pandangan anda?

01. Robert Kuok, raja gula  RM42.76 billion
02. Ananda Krishnan, Maxis RM27 billion
03. Tan Sri Lee Shin Cheng, IOI group RM11.92 billion
04. Tan Sri Teh Hong Piow, Public Bank RM10.86 billion
05. Tan Sri Lim Kok Thay, Genting Highlands RM10.38 billion
06. Tan Sri Quek leng Chan, Hong Leong Bank RM7.09 billion
07. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, MMC RM6.01 billion
08. Puan Sri Lee Kim Hua, Genting Highlands RM4.4 billion
09. Tan Sri Tion Hiew King, Rimbunan Hijau RM3.5 billion
10. Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group RM3.29 billion


Siapa Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary?


Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia.   Menurut majalah Malaysia Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2010 iaitu RM6.01 billion.

Beliau dilahirkan di Alor Star, Kedah pada tahun 1951.   Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.   Tan Sri Syed Mokhtar Shah berhati mulia dan selalu melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Yayasan al-Bukhary yang dimilikinya menjalankan perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, infrastruktur dan pelabuhan.   Beliau merupakan salah seorang insan yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam masa yang singkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan