Jumaat, 9 April 2010

*PELANCARAN BULAN BAHASA INGGERIS 2010*

Pada hari Isnin, 5 April 2010, Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris 2010.  Majlis telah dimulakan dengan aksi haiwan menari oleh beberapa orang murid yang lengkap berpakaian ala haiwan seperti ayam jantan,lebah dan harimau.  Suasana menjadi gamat apabila beberapa orang guru ditarik ke atas pentas untuk menari bersama "haiwan-haiwan" ini.

Kemudian, majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Pn. Cheok Chai Hoon, GPK Kokurikulum diikuti dengan acara memotong kek.   Persembahan seterusnya ialah nyanyian lagu "Twinkle twinkle Little Star" oleh murid-murid pra sekolah. 

Selain itu, para pelajar dan guru juga dihiburkan dengan persembahan pentomen oleh murid Tahun 6 Arif yang berkisar tentang seorang budak lelaki yang bekerja menggembala kambing.   Dia suka menipu penduduk kampung dengan mengatakan bahawa kambingnya dimakan harimau.  Suatu hari, seekor harimau telah menyerang kambing-kambingnya.  Dia cuba menjerit meminta tolong kepada penduduk kampung namun tidak ada orang lagi yang percaya kepadanya.  Itulah balasan kepada orang yang suka menipu.   Sekali menipu sukar dipercayai lagi.

Sepanjang bulan Bahasa Inggeris pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Panitia Bahasa Inggeris antaranya ialah:
1) Story Telling
2) Poetry
3) Essay Writing
4) Nursey Rhymes
5) Word Puzzles

Tiada ulasan:

Catat Ulasan