Selasa, 9 Mac 2010

*TAKLIMAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI*

Pada hari Isnin, 9 Mac 2010 pihak sekolah telah menjemput dua orang wakil dari pejabat LHDN untuk memberi taklimat kepada guru-guru berkaitan dengan Potongan Cukai Berjadual atau PCB.  Dua orang wakil tersebut ialah En. Mohd Nizar b. Mustafa dan Pn. Mariam.
Taklimat telah dijalankan di Makmal Komputer Sekolah dan dihadiri oleh guru-guru sesi pagi dan petang.  Guru-guru diberi penerangan tentang cara mengisi borang BE secara "e-filling", nombor pin dan cara "login" ke akaun cukai pendapatan. Mereka yang berpendapatan tahunan melebihi RM30 000 layak dikenakan cukai pendapatan atau gaji pokok RM2500 sebulan.

Pihak LHDN memaklumkan bahawa pemotongan dijalankan oleh AG berdasarkan maklumat yang diperoleh. Sebarang bayaran lebihan kepada LHDN akan dipulangkan semula menggunakan cek dan sebarang  bayaran kepada LHDN hendaklah melalui bank seperti bank CIMB dan Maybank.  Semua urusan hendaklah diselesaikan sebelum 30 April 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan