Selasa, 9 Mac 2010

*PERLAWANAN BOLA JARING PERINGKAT ZON*

Pada 13 Februari 2010, pihak sekolah telah menghantar peserta Bola Jaring ke SK Tanjung Puteri untuk pertandingan Bola Jaring peringkat Zon Majidi.  Penyertaan kali ini agak istimewa kerana sudah beberapa tahun pihak sekolah tidak menghantar sebarang wakil ke pertandingan Bola Jaring.  
Sebelum itu, pihak sekolah telah mengadakan perlawanan Bola Jaring secara persahabatan dengan SK Taman Suria yang merupakan juara pasukan pada tahun 2009.



4 orang guru yang melatih para peserta bola jaring ialah Pn. Zakiah, Pn. Zainab, Pn. Salwati dan Pn. Waheeda.   Walaupun tidak berjaya memperoleh sebarang pingat dalam pertandingan bola jaring kali ini tetapi para pemain telah bermain bersungguh-sungguh dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan