Jumaat, 19 Mac 2010

*PERLAWANAN HOKI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU*

Pada hari Sabtu, 6 Mac 2010, SK Mohd Khir Johari telah menjadi Pengerusi Pertandingan Hoki Daerah Johor Bahru. Guru-guru dari SK Mohd Khir Johari telah dilantik menjadi AJK bagi pertandingan tersebut di bawah seliaan Pn. Cheok Chai Hoon, GPK Kokurikulum dan En. Mohd Sofi, Setiausaha Kokurikulum.
Pertandingan yang diadakan di Stadium Hoki Majlis Bandar Raya Johor Bahru mendapat penyertaan sekolah-sekolah daerah Johor Bahru dan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan.   Walaupun dalam cuaca panas terik, para pemain telah menunjukkan kesungguhan dan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.
 

Setelah berjuang habis-habisan, akhirnya pasukan hoki perempuan SKMKJ telah berjaya mendapat tempat kedua dan 9 orang pemain telah dipilih untuk mewaikili daerah Johor Bahru ke peringkat negeri.  Sementara itu, pasukan hoki lelaki tidak mendapat sebarang tempat namun 5 orang pemain telah terpilih untuk mewaikil daerah Johor Bahru ke peringkat negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan