Sabtu, 20 Mac 2010

*KEJOHANAN OLAHRAGA ZON MAJIDI 2010*

Kejohanan Olahraga Zon Majidi 2010 telah diadakan di SJKC Foon Yew 1 untuk acara padang pada 10 Februari 2010 yang lalu.   Sementara itu acara balapan pula diadakan pada 22 Februari di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos, Larkin.
Pasukan olahraga perempuan menunjukkan prestasi yang baik dengan kejayaan dalam beberapa kategori.   Berikut ialah pencapaian atlet perempuan sekolah kita:
 Tahniah kepada para atlet yang telah mengharumkan nama sekolah.   Tahniah juga kepada guru-guru olahraga SKMKJ yang telah melatih para atlet hingga mencapai kecemerlangan.  Seramai 5 orang peserta perempuan SKMKJ dipilih untuk mewakili Zon Majidi ke MSSD Johor Bahru iaitu :

1. Nur Haziqah bt. Ahmad Sukiman.  (Lompat Jauh)
2. Nabilahtul bt. Rashid.   (Lompat Tinggi)
3. Nur Shuhadah bt. Mohd Zani.   (Rejam Lembing & Lontar Peluru)
4. Duwi Hidayati bt. Marzuki.   (Lompat Tinggi & Lompat Jauh)
5. Nur Ainnatasha bt. Abu Samah.   (4 X 100m)

1 ulasan: