Rabu, 17 Februari 2010

*SALAM PERPISAHAN BUAT MOHD RIZAL B. MASRON*

Tanggal 1 Februari 2010 bermulalah era baru dalam hidup En. Mohd Rizal b. Masron kerana pada tarikh tersebut beliau akan meninggalkan SK Mohd Khir Johari dan mula berkhidmat di sekolah baru iaitu SJK(C) Thai Hong, Skudai berhampiran Taman Impian Emas.


En. Mohd Rizal merupakan seorang insan yang dedikasi dalam kerjayanya.  Orangnya ceria, bermotivasi, suka tersenyum serta sentiasa bersedia melayan guru-guru yang menghantar bahan cetakan ke bilik cetaknya.   Walaupun adakalanya bahan-bahan cetakan begitu banyak yang perlu disiapkan, namun beliau akan tetap berusaha menyelesaikannya.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
Perpindahan beliau ini tentunya merupakan satu kehilangan buat sekolah.   Jasa dan budi beliau kepada sekolah ini sejak berkhidmat pada 1 Jan 2000 akan dikenang sampai bila-bila.  "Terima kasih daun siantan, budi baik dalam ingatan".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan