Sabtu, 27 Februari 2010

*PROGRAM JAYAWARIS TAHUN 6 ARIF*

Pada hari Sabtu, 6 Februari 2010 kira-kira jam 8.30 pagi betempat di Bilik Mesyuarat SK Mohd Khir Johari, pihak sekolah telah mengadakan Program Jayawaris untuk murid-murid Tahun 6 Arif.   Tujuan program ini diadakan untuk memberi maklumat kepada para ibu bapa tentang pencapaian anak-anak mereka di sekolah.

Murid-murid 6 Arif memikul tanggungjawab yang besar untuk meletakkan nama sekolah sebaris dengan sekolah-sekolah terbaik di Daerah Johor Bahru berdasarkan pencapaian UPSR.   Persiapan fizikal dan mental harus dimulakan dari sekarang agar kecemerlangan dapat diraih dalam peperiksaan UPSR pada 23 September nanti.

Tuan Guru Besar, En. Zamani b. Hj. Ahmad telah memberikan ucapan alu-aluan sementara En. Md Shukri b. Sultani, GPK 1 pula telah menerangkan pencapaian murid-murid 6 Arif berdasarkan data headcount. Tips motivasi juga diberikan kepada para ibu bapa.  Ibu bapa juga berpeluang memberi pendapat mereka terhadap usaha-usaha untuk meningkatkan pencapaian murid dan memajukan sekolah.
Dua orang penceramah dari "Skor A" juga dijemput dalam majlis tersebut.   Mereka menerangkan tentang kebaikan program ini dan bayaran yang dikenakan kepada ibu bapa yang berminat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan