Khamis, 14 Januari 2010

*TAKLIMAT DISIPLIN KEPADA MURID TAHUN 4, 5 DAN 6*

Bermula dari hari Selasa, 12 Januari hingga hari Khamis, 14 Januari., murid-murid sesi pagi diberi taklimat tentang peraturan dan disiplin sekolah.  Hari Selasa untuk Tahun 6, hari Rabu untuk Tahun 5 dan hari Khamis untuk Tahun 4.



Murid-murid telah diberi sehelai senarai semak untuk ditanda semasa guru memberi penerangan.  Selepas itu setiap murid perlu tandatangan surat tersebut.   Seterusnya ibu bapa/penjaga murid perlu membaca peraturan yang dikeluarkan dan juga menandatangani surat itu sebelum diserahkan kepada guru disiplin pada hari Jumaat.



Beberapa orang guru yang terlibat dalam menyampaikan ceramah tersebut ialah En. Zakaria dan En. Naidatul dibantu oleh En. Azizilfikri dan Ustazah Zakiah bt. Sakdilah.   Diharapkan selepas ini murid-murid Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari akan lebih berdisiplin dan memahami peraturan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan