Ahad, 17 Januari 2010

*TAHNIAH ATAS KELAHIRAN 2 ORANG CUCU*

Guru-guru dan kakitangan SK Mohd Khir Johari mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Besar  iaitu En. Zamani b. Hj. Ahmad dan keluarga atas kelahiran dua orang cucu lelaki yang comel dan dinanti-nantikan sebelum ini.   Kini bertambahlah bilangan cucu En. Zamani b. Hj. Ahmad yang sebelum ini mempunyai beberapa orang cucu perempuan.

Cucu lelaki pertama lahir pada hari Jumaat, 8 Jan 2010 dan diberi nama Nuraisy Adam Firas b. Husni


 

Sementara itu cucu lelaki yang kedua pula lahir pada Khamis, 14 Januari 2010 dan diberi nama Pengeran Arif b. Pengeran Hidayat.


Semoga kehadiran cahaya mata ini membawa kebahagian kepada bonda dan ayahandanya serta nenda tercinta.


1 ulasan:

  1. Tahun baru yang membuka lembaran baru dengan kehadiran orang baru.

    BalasPadam