Jumaat, 22 Januari 2010

*KELAS TAMBAHAN DI SEKOLAH*

Setiap ibu bapa inginkan anak mereka berjaya dalam pelajaran.  Sesetengah ibu bapa sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen di luar sekolah.  Ini disebabkan oleh dorongan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam ujian yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa murid-murid Tahun 6 pula bimbang dengan "Ujian Pencapaian Sekolah Rendah" ( UPSR ).  Sistem pendidikan yang berfokus kepada peperiksaan ini sedikit sebanyak membebankan ibu bapa dan juga guru-guru di sekolah.   Namun tanpa sebarang peperiksaan, sukar untuk menguji pencapaian akademik murid-murid.





Paling menyedihkan sikap ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak menyertai sebarang aktiviti pertandingan mewakili sekolah dengan alasan anak-anak mereka akan tercicir dalam pelajaran.  Ada juga yang melarang anak mereka menjadi pengawas sekolah dengan alasan yang sama.  Terserahlah kepada ibu bapa untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka.  Jangan nanti sekolah juga dipersalahkan.


Kepada ibu bapa yang mahukan kelas tambahan untuk anak-anak mereka, pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan program berikut sebagai alternatif kepada Kelas Tuisyen di luar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan