Sabtu, 23 Januari 2010

*PROGRAM JEJAK MURNI SKMKJ & SMKTSNI*

Pada hari Rabu, 20 Januari 2010, 3 orang guru dari Unit Disiplin dan 2 orang guru dari Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Mohd Khir Johari telah berkunjung ke SMK Tun Syed Nasir Ismail.   Mereka terdiri daripada Cikgu Zakaria, Cikgu Nai, Cikgu Azizilfikri, Cikgu Zakiah dan Cikgu Mariany.

Tujuan kunjungan ini diadakan untuk mengetahui keadaan bekas murid Tahun 6 SK Mohd Khir Johari yang kini menjadi pelajar di SMK Tun Syed Nasir Ismail.   Fokus utama diberikan kepada disiplin pelajar dan salah laku yang dilakukan oleh mereka.



Puan Pengetua iaitu Hjh. Minarti bt. Hamir telah sudi meluangkan masa untuk berbincang tentang masalah disiplin pelajar ini.  Beliau bersama dengan En. Fadzal (Guru Kaunselor) dan En. Abu Bakar (Guru Penolong Kanan Petang)  memberikan pandangan tentang kes-kes berkaitan disiplin yang berlaku di sekolah tersebut akhir-akhir ini.

Pelajar Tingkatan 1 dan 2 tahun ini dikatakan lebih berdisiplin jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang sama pada tahun lalu.   Keadaan ini tentu sahaja berkaitan dengan peningkatan mutu disiplin di sekolah rendah termasuklah pengenalan kawad stattik dalam kalangan murid sekolah rendah. Secara keseluruhan kerjasama antara sekolah rendah dan menengah amat penting untuk membendung gejala salah laku disiplin daripada terus berleluasa.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan