Ahad, 11 September 2011

*PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR/UPPM3*



Pada hari Isnin, 22 Ogos yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil untuk murid-murid Tahun 6 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR/UPPM 3.


Majlis telah disempurnakan oleh En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar SK Mohd Khir Johari yang diiringi oleh En. Mohd Shukri b. Sultani, GPK Kurikulum SK Mohd Khir Johari.


Seramai 6 orang murid telah berjaya mendapat 5A.  16 orang murid pula berjaya mendapat 4A 1B manakala 21 orang murid berjaya mendapat 3A 2B.




Murid-murid yang berjaya telah menerima sijil penghargaan masing-masing dalam majlis tersebut.   Diharapkan murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR tahun ini akan bertambah ramai dan mencatat keputusan yang terbaik dalam sejarah UPSR SK Mohd Khir Johari.  Amin.

  
Peperiksaan UPSR pada tahun ini akan diadakan pada hari Selasa, 13 September sehingga 15 September 2011. Good luck my student!  You can do it!

1 ulasan: