Isnin, 18 Julai 2011

*KEJOHANAN TAEKWONDO TERTUTUP 2011*


Pada 11 hingga 12 Jun yang lalu, seorang murid dari Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari iaitu Sahrul Nur Ehsan dari Kelas 6 Cerdas telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Taekwondo Tertutup NRK dan Evolution 2011.   Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Skudai.

Dalam kejohanan tersebut, Sahrul Nur Ehsan telah berjaya menjadi johan acara sparring.  Satu kejayaan yang membanggakan.   Pihak sekolah telah mengadakan majlis penyampaian hadiah dan sijil untuk Sahrul Nur Ehsan di perhimpunan sekolah untuk memberi galakan dan semangat kepada murid-murid yang lain agar menceburi bidang taekwondo.

1 ulasan: