Ahad, 20 Februari 2011

*PERTANDINGAN PING PONG MSSD 2011*


Pada hari Khamis, 10 Februari 2011 pasukan sekolah telah menghantar dua orang peserta ke pertandingan Ping Pong peringkat MSSD yang diadakan di ...


SJK (C) Pu Tze, Skudai.

Cikgu Nani bt. Jamil dan Cikgu Abd Fatah bin Yahaya mengiringi pemain ping pong sekolah ke pertandingan tersebut. Pertandingan dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.


Bagi kategori lelalki tertutup, Muhamad Hasrul bin Ismail telah mengharumkan nama sekolah dan berjaya memperoleh naib johan.  Ini merupakan kejayaan kali ke-2 Hasrul kerana pada tahun 2010, dia juga telah memperoleh Naib Johan dalam pertandingan ping pong MSSD.


Syabas kepada Hasrul dan semoga berjaya di peringkat negeri nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan