Jumaat, 21 Januari 2011

*PROGRAM JEJAK MURNI (2) SK MOHD KHIR JOHARI DAN SMK TUN SYED NASIR ISMAIL*


Pada hari Rabu, 19 Januari 2011 seramai 7 orang guru dari SK Mohd Khir Johari telah mengunjungi SMK Tun Syed Nasir Ismail untuk menjenguk bekas murid SK Mohd Khir Johari.   Program Jejak Murni ini adalah anjuran...

Unit Kaunseling SK Mohd Khir Johari dengan kerjasama Unit Kaunseling SMK Tun Syed Nasir Ismail.


Bekas murid SK Mohd Khir Johari seramai 180 orang yang kini baru sebulan menjadi pelajar Tingkatan 1 SMK Tun Syed Nasir telah berkumpul di surau untuk Program Jejak Murni tersebut.   Majlis diadakan di Surau ar-Rahman.   Surau ini merupakan johan surau peringkat negeri Johor.



Tujuan Program Jejak Murni ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan guru-guru antara dua buah sekolah.   Di samping itu, maklumat berkaitan pelajar dapat diperoleh dengan lebih mudah terutama berkaitan dengan rekod disiplin dan kesihatan.


Dalam majlis tersebut, Guru Penolong Kanan HEM, En. Muhamad b. Aziz telah menyampaikan ucapan.   Ini diikuti oleh ucapan Cikgu Zakaria b. Hashim, Guru Disiplin SK Mohd Khir Johari.  Selepas majlis ucapan, para pelajar bersalaman dengan guru-guru yang hadir.

Terima kasih kepada Cikgu Fazlan b. Hasran,  Guru Kaunselor SMK Tun Syed Nasir Ismail yang sudi menyambut kehadiran kami dan belanja makan pula sebelum bersurai pada petang itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan