Khamis, 13 Januari 2011

*PRASEKOLAH HARMONI*


Pada pertengahan tahun 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan peruntukan untuk pembinaan sebuah bangunan baru prasekolah di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari.  Setakat ini, hanya terdapat...


dua kelas prasekolah iaitu Prasekolah Aman dan Prasekolah Damai.  Bangunan baru ini nanti akan menempatkan Prasekolah Harmoni.


Apabila bangunan baru ini siap kelak, maka lebih banyak murid berusia 6 tahun dapat mengikuti kelas prasekolah di sekolah ini.   Sebelum ini, bilangan kemasukan murid ke kelas prasekolah adalah terhad dan bergantung kepada had kelayakan gaji ibu bapa.

3 orang guru menguruskan kelas prasekolah ini iaitu Cikgu Rohaizah, Cikgu Taufik dan Cikgu Elcie Nurliana.  Mereka dibantu oleh pembantu prasekolah iaitu Puan Nurhazwani dan Puan Rashidah.

1 ulasan: