Khamis, 6 Januari 2011

*PEMBAYARAN YURAN 2011*

Pada hari Sabtu, 1 Januari 2011, pihak sekolah telah mengadakan kutipan yuran daripada ibu bapa murid-murid Tahun 1.   Aktiviti ini telah dijalankan di dewan sekolah. Guru-guru Tahun 1 mengutip yuran dan mengedarkan ...



fail kepada ibu bapa murid serta memberi kupon untuk buku teks.   Murid-murid Tahun 1 yang belum mengambil ujian diagnostik pula berkumpul di makmal sains 1 untuk menduduki ujian tersebut. 

Sebelum itu, ibu bapa yang hadir telah berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar taklimat daripada En. Muhammad b. Aziz, Guru Penolong Kanan HEM dan Pn. Inon bt. Markusin, Guru Penolong Kanan Petang.  Antara perkara yang disampaikan ialah peraturan sekolah dan waktu sesi persekolahan.


Pada hari Isnin, 3 Januari 2011, kutipan yuran daripada ibu bapa Tahun 2 hingga Tahun 6 dijalankan. Aktiviti dijalankan mengikut kategori berikut:

Murid Tahun 2 dan 3 : kutipan yuran bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Murid Tahun 4, 5 dan 6 : kutipan yuran bermula jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan