Sabtu, 18 Disember 2010

*TELEFON BIMBIT - TEMAN SETIA ANDA?*

Walau di mana kita berada, pasti kita tidak akan melupakan "Teman Setia". Teman setia sentiasa berada di sisi kita, ketika suka ataupun duka. Percayakah anda, telefon bimbit kini telah menjadi teman setia yang istimewa!



Hari ini, telefon bimbit telah menjadi teman setia yang utama bagi berjuta-juta manusia di seluruh dunia.  Ini disebabkan peranan telefon bimbit yang semakin canggih dan berubah dengan begitu pesat.   Dahulu, media seperti buku, televisyen, radio, jam tangan atau kamera menjadi tumpuan utama kepada manusia tetapi hari ini telefon telah menguasai semuanya.

Telefon bimbit telah mengambil alih peranan kamera, televisyen, radio, buku nota mahupun komputer.  Sejarah bermula dengan penciptaan telefon oleh Alexander Graham Bell.   Gelombang teknologi telah mengembangkan lagi kemajuan telefon sehingga menjadi alat yang cukup unik.

Jenama telefon terkenal seperti Nokia, Samsung, Blackberry, Sony Ericsson dan Apple - iPhone terus menguasai industri  telefon bimbit di seluruh dunia. Di Malaysia, kita juga mempunyai telefon berjenama Malaysia seperti CSL yang dilengkapkan dengan kemudahan azan, radio, kompas dan televisyen!

Walaupun berlaku peningkatan harga, para pengguna tetap berebut-rebut mendapatkan telefon bimbit jenama baru.  Ini disebabkan fungsi telefon yang semakin hebat dan para pencinta telefon bimbit tidak mahu ketinggalan dalam persaingan yang hebat ini.  Anda bagaimana?
Sebagai contoh, telefon bimbit Nokia C5 antara produk terkini daripada syarikat Nokia. Pelbagai kemudahan terdapat pada telefon baru ini, antaranya ialah:
~akses e-mel
~sistem GPS; peta laluan ke alamat yang dikehendaki melalui Ovi Maps
~internet 3G dan Wi-Fi.
~skrin sesentuh 3.2"
~kemudahan YouTube 
~aplikasi games
~rakaman video
~kualiti gambar 5 megapixel!

Bagaimanapun, jika anda bercadang untuk membeli telefon bimbit atau menukar telefon bimbit yang baru, cuba ikuti panduan berikut:
*pilih kedai yang menjual produk telefon bimbit original/tulen.
*beli telefon bimbit ikut kemampuan.
*kenalpasti ciri-ciri telefon bimbit yang diingini ~ sms, video call, mendengar lagu, games
*bandingkan harga terlebih dahulu dengan kedai-kedai yang lain.
*tawar-menawar harga semasa membeli.
*pastikan telefon bimbit yang anda beli ada jaminan (warranty); jaminan pengeluar.
*kenalpasti telefon tersebut set original atau AP (recon).
*pastikan telefon bimbit tersebut dapat berfungi dengan baik.  Cuba dahulu!
*pastikan terdapat cop SIRIM, sticker "void", barcode dan tarikh dikilangkan.
*periksa nombor E-MEI yang terdapat pada jurujual dan telefon bimbit adalah sama.
*tekan *#06# untuk mengetahui negara pengilang  
*jika anda berpuas hati, barulah buat pembayaran.  Jangan tergopoh-gapah.


Di negara kita Malaysia, murid dan pelajar sekolah adalah dilarang membawa dan mengguna telefon bimbit di sekolah.    Berkuatkuasa 25 Mac 2009 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas 2/2009, murid dan pelajar sekolah tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.   Pihak sekolah khususnya guru disiplin diarahkan supaya merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah. Apabila telefon dirampas oleh pihak sekolah, hanya ibu bapa pelajar tersebut sahaja yang boleh menuntutnya.

Larangan membawa telefon bimbit dilaksanakan segera kerana telefon bimbit sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.   Pergaduhan juga boleh berlaku dalam kalangan pelajar akibat kehilangan telefon bimbit.  Selain itu, melalui telefon bimbit pelajar akan menghantar dan menerima sms atau mms kepada rakan-rakan.  Ini menyebabkan pelajar hilang tumpuan ketika guru mengajar.


Justeru, ibu bapa boleh menghubungi anak-anak mereka di sekolah dengan menelefon pejabat sekolah.  Malah, pihak sekolah juga menyediakan kemudahan telefon awam untuk kegunaan pelajar di sekolah.   Menjadi harapan ibu bapa pula agar telefon awam ini dapat berfungsi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan