Selasa, 7 Disember 2010

*MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010*

Pada hari Isnin, 15 November 2010 jam 8.30 pagi, Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi tahun 2010.   Majlis ini telah diadakan di dewan sekolah.





Seawal pagi, murid-murid yang menerima hadiah telah beratur mengikut susunan yang ditetapkan.   Guru-guru yang bertugas mengatur murid-murid yang terlibat.

Penyampaian hadiah pada pagi itu dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:

1.  Hadiah untuk tiga orang terbaik di dalam kelas; tempat pertama, kedua dan ketiga.
2.  Hadiah mata pelajaran terbaik keseluruhan mengikut aliran; BM Pemahaman, BM Penulisan, BI, MT,SN dan Agama Islam.
3.  Hadiah untuk kehadiran penuh.  (seorang sahaja dipilih mengikut aliran).
4.  Hadiah untuk kokurikulum.
5.  Hadiah untuk UPSR 2010.

Murid-murid Tahap 1 termasuklah murid pra sekolah telah menerima hadiah masing-masing daripada Puan Inon bt. Markusin, Guru Penolong Kanan Petang. Hadiah-hadiah disampaikan dalam bentuk piala.


Sementara itu, hadiah untuk Tahap 2 telah disampaikan oleh En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar SK Mohd Khir Johari.   Penilaian untuk menerima hadiah pada Majlis Anugerah Cemerlang berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2010 kecuali murid-murid Tahun 6 berdasarkan pencapaian peperiksaan percubaan UPSR.


Murid-murid Tahun 6 yang mendapat UPSR 5A juga menerima hadiah pada hari tersebut.   Hadiah berupa wang tunai RM50 sumbangan PIBG SK Mohd Khir Johari.   Tn. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada 16 orang murid Tahun 6 yang berjaya.


Hadiah-hadiah kecemerlangan kokurikulum pula telah disampaikan oleh Pn. Cheok Chai Hoon, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.  Pencapaian terbaik pada kali ini ialah kejayaan hoki dan futsal yang mewakili sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.


Tahniah kepada murid-murid yang telah menerima hadiah sempena Majlis Anugerah Cemerlang.   Teruskan kejayaan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan