Selasa, 13 Julai 2010

*SEKOLAH DALAM TAMAN*

Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari yang terletak di tengah-tengah pekan Kampung Melayu sering menjadi tumpuan para ibu bapa dan masyarakat setempat.  Sehubungan dengan itu pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencantikkan sekolah ini.


Selain mengecat bangunan, pokok-pokok renek juga telah ditanam di kawasan sekolah untuk menghasilkan landskap yang menarik.   Pokok-pokok yang hendak ditanam dipilih terlebih dahulu agar menghasilkan landskap yang menawan.  Selain itu, warna daun pokok juga diberi perhatian untuk membentuk kombinasi .yang seimbang.


Kini, Sekolah Dalam Taman sedang dipraktikkan oleh pihak sekolah dengan bantuan tenaga para pekerja sekolah iaitu En. Maskan, En. Mahdi dan En. Johri.   Berkat usaha yang berterusan, kerjasama dan kreativiti, kini kawasan sekolah menjadi semakin menghijau.


Sekolah yang bersih dan cantik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah. Malah keindahan sekolah merupakan aset yang paling berharga dalam mewujudkan sekolah cemerlang.   Lihat dan nikmatilah keindahan sekolah seperti yang dipaparkan dalam gambar-gambar di atas.   Keindahan sekolah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk terus mengekalkannya.   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan