Khamis, 29 Julai 2010

*PAMERAN BARANG KITAR SEMULA*

Pada hari Rabu, 28 Julai 2010, Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah mengorak langkah mengadakan Pameran Kitar Semula di Makmal Sains Sekolah.


Pameran yang diadakan sempena bulan Sains ini mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru.  Bahan-bahan pameran ini telah menarik minat ramai murid.   Selain bahan-bahan pameran, murid-murid juga diberi penerangan tentang Program Kitar Semula oleh pegawai bertugas.


Sempena bulan Sains ini juga, pertandingan mengumpul surat khabar lama turut diadakan dan pemenang akan diumumkan pada perhimpunan hari Isnin yang akan datang.   Pastikan surat khabar lama tidak disimpan begitu sahaja.  Kitar semula. Selamatkan alam kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan